Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Selasa mengesahkan bahawa mutasi baharu varian Omicron yang dinamakan XE masih belum dikesan di Malaysia.<br /><br />Bagaimanapun beliau menjelaskan, varian itu dikatakan telah dikesan di negara jiran.<br /><br />Sehubungan itu, kata Khairy, kementerian sedang mengikuti perkembangan varian tersebut yang belum diketahui ciri-cirinya setakat ini.
